Saturday, January 7, 2012

kite selalu mcm nie !!


Kita selalu macam ni. Bila depan mata tak nampak berharga, bila tiada sibuk mencari, sewaktu bersama macam tak ada apa-apa yang istimewa, setelah pergi jauh baru terasa berharganya dia.

Kita jarang menghargai apa yang dimiliki tetapi selalu nak sama macam di tangan org kan.

Sewaktu bersama asyik hendak berpisah, setelah terpisah baru tahu makna rindu. Sewaktu dalam genggaman tidak mahu dihargai, setelah terlepas baru tahu nilainya tinggi.

Kalu boleh membina cerita, ambillah masa untuk mendengar juga..

Hargai bila berdua, sayangi bila bersama, maafkan bila terluka, ingati bila sunyi, selalulah bertenaga, hasilnya selesa dan bahagia..

Kita selalu menyesali yang telah berlalu. Ketika bersama-sama terasa beban, tetapi bila tiada beban terasa semakin berat. Kesempatan untuk bersama selalunya tidak lama. Ketika kesempatan itu terbuka sepatutnya dinikmati dan dipelihara. Tidak perlu bersusah payah untuk memberhentikannya, sebab tiba masanya ia akan berhenti dengan sendiri..

Tidak perlu membunuh dia yang kurang menyenangkan, tiba masanya dia akan pergi jua. Tiada siapa boleh hidup bersama selama-lamanya. Tiba masa dan ketikanya masing-masing akan melangkah pergi.

Kita selalu macam tu. Selalu nampak terang di seberang sungai sedangkan di sebelah sini tidak kurang. Bila kita sampai ke sana baru kita tahu yang terang itu bukan semestinya meriah dan menyenangkan, kadang-kadang cahaya itu memanglah terang-benderang tetapi tidak semestinya ia membahagiakan.

Tiada yang paling indah dalam hidup di dunia ini selain cinta kepada pencipta kita TUHAN kita, bersaudara denganmu, tiada yang sakit selain berpisah denganmu, tiada yang lebih manis bila ada kenangan bersamamu, namun ada yang terbaik dalam memori hidupku kerana ada kebaikan dan pengorbananmu.

Kena anggap setiap yang ditempuh suatu kenangan untuk iktibar. Setiap yang dikenali sebagai teman sejalan menuju titik akhir. Yang diambil untuk hidup bersama sebagai teman membina persiapan di sini untuk dipetik hasilnya 'di sana' nanti. Setiap yang dimiliki adalah berharga dan perlu dipelihara dangan baik.

Kita selalu macam tu. Maka batasi langkah dan perhati-hati berbicara, jangan sampai tersilap melangkah, usah sampai tersilap bicara, tersilap langkah selalunya membawa masalah, tersilap bicara selalunya membawa duka.

Setiap kita hanya ada kesempatan yang sedikit untuk menghargai makna kehidupan yang sebenar..

No comments:

Post a Comment